Salam Blog;
Alhamdulillah hari nie dapat jugak buat solat sunat tasbih. Dah lama nak buat tapi tak buat2.. alang2 tengah preggy nie better buat. Semoga my hubby and I dapat baby yg soleh. Semoga tasbih2 yang I baca tu membuatkan hati I and hati baby I tenang. Semoga Allah memelihara bayi dalam kandunganku InsyAllah..
Kepada kawan2 yang baca blog nie and nak tau camne caranya nak solat sunat dhuha dan solat sunat tasbih, kat bawah nie saya tulis kaifiat mengerjakannya:
Solat Sunat Dhuha
Solat dhuha ialah solat sunat yang dikerjakan pada waktu matahari sedang naik. Sekurang-kurangnya dua rakaat, boleh empat rakaat, enam atau lapan rakaat. Waktunya, kira-kira matahari sedang naik setinggi 7 hasta (pukul 8 sampai masuk waktu zohor).
Lafaz niatnya: أصلي سنة الضحى ركعتين لله تعالى
Selepas Al-Fatihah:
Rakaat pertama: Bacalah Surah Asy-Syams
Rakaat kedua: Bacalah Surah Ad-Dhuha
Doa yang dibaca setelah selesai solat dhuha:
اللّهُمّ إنّ الضُحاءَ ضُحاؤُكَ والبَهاءَ بـهاؤك والـجَمالَ جَـمالُك والقُوَّةَ قوّتك والقُدْرَةَ قدرتُك والعِصْمَةَ عصمتك. اللهم إنْ كانَ رِزْقِي فِي السّماءِ فأنْزِلْهُ، وإن كان في الأرْضِ فأخْرِجْه، وإن كان مُعْسِراً فَيَسِّرْهُ، وإن كان حَراماً فطَهِّرْهُ، وإن كان بَعِيْداً فَقَرِّبْهُ بِـحَقِّ ضُحاءِكَ وبَـهاءِك وجَـمالِك وقُوّتِك وقُدْرَتِك آتِنِي ما أَتَيْتَ عِبادَكَ الصّالِـحِين.
*************
Maksudnya: Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu, keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu, kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu. Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh.
************************************************************************************************
Iaitu solat yang sebagaimana diajar oleh Rasulullah SAW kepada bapa saudaranya Saidina Abbas bin Abdul Muttalib. Solat sunat tasbih ini digalakkan amalannya, kalau boleh tiap-tiap malam, kalau tidak sanggup sekali seminggu, sebulan sekali atau setahun sekali, dan kalau tidak boleh juga setidak-tidaknya sekali seumur hidup.
Sekiranya dikerjakan pada siang hari, hendaklah dikerjakan empat rakaat dengan satu salam. Sekiranya dikerjakan pada malam hari, hendaklah empat rakaat itu dijadikan dua salam.
Cara mengerjakannya;
Lafaz niat:
أصلي سنة االتسبيح ركعتين لله تعالى
1) Selesai membaca doa iftitah, fatihah dan mana-mana surah, sebelum rukuk bacalah tasbih 15 kali iaitu:
سُبحان الله/ والحمد لله ولا إلـه إلا الله والله أكبر/ ولا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم
{Tempat yang yang bertanda (/), saya letakkan sebagai pilihan, sama ada hendak membaca setakat itu ataupun hendak dipanjangkan} terserah.
1 a) Surah-surah yang sunat deibaca selepas Al-Fatihah:
Rakaat pertama: Surah At-Takathur
Rakaat Kedua: Surah Al-Asr
Rakaat Ketiga: Surah Al-Kafiruun
Rakaat Keempat: Surah Al-Ikhlas
2) setelah membaca tasbih rukuk, bacalah tasbih tadi 10 kali.
3) waktu iktidal, 10 kali
4) waktu sujud, 10 kali
5) waktu duduk antara dua sujud, 10 kali
6) waktu sujud kedua, 10 kali
7) waktu duduk istirahah sebelum berdiri untuk rakaat kedua atau keempat, 10 kali.
Tasbih-tasbih itu dibaca setelah selesai bacaan asal dalam setiap pergerakan solat tadi. Semuanya sekali adalah 300 kali tasbih. (75 X 4 rakaat = 300 tasbih)
Sekiranya terlupa membaca tasbih pada satu-satu tempatnya, maka boleh digantikan di tempat berikutnya, agar tetap tasbihnya berjumlah 300 tasbih.
Doa solat sunat tasbih:
Maksudnya: Ya Allah Ya Tuhanku aku bermohon taufiq daripada Mu seperti mana orang-orang yang telah Engkau beri petunjuk, dan jadikanlah amalan ini sepertimana amalan ahli yaqin dan jadikan aku dari golongan orang yang menerima nasihat, orang -orang yang bertaubat dan keazaman ku serpertimana orang-orang yang takut. Dan aku bermohon sepertimana pemohon yang suka kepada kebaikan dan beribadah seperti orang-orang yang warak. Dan jadikan pengetahuanku ini sebagai ahli-ahli yang berilmu sehingga ku termasuk ke dalam golongan orang yang takut kepada Engkau. Ya Allah, aku memohon kepada Mu, jadikan dalam diriku perasaan takut yang dapat menghalang aku daripada melakukan maksiat sehinggalah aku beramal dengan penuh ketaatan kepadaMu sebagaimana amalan yang aku merasa perlu mendapatkan keredhaanMu dan juga sehingga aku betul-betul Ikhlas dan bertawakkal kepada Mu dalam setiap perkara, dan aku memohon supaya menjadi orang yang baik sangka terhadap Engkau Maha Suci Engkau Pencipta Cahaya Kebenaran. Ya Tuhan kamu, sempurnakanlah kepada kami cahaya kebenaran, dan ampunilah kami. Sesungguhnya di atas sesuatu itu Engkau Maha Berkuasa.



No comments:
Post a Comment